Wednesday, 20 May 2015

Panduan Membeli Barang Menyambut Bayi Baru Lahir

medium_2192206473



Menjadi keterujaan ibu bapa menyambut kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Terutama sekali bagi yang pertama kali bergelar ibu dan bapa. Pengalaman pertama menjejak ke kedai barangan bayi membuatkan suami isteri menjadi rambang mata. Di sini pentingnya senarai barangan keperluan dibuat. Untuk mengelakkan tertinggal barang yang hendak dibeli dan juga mengelakkan pembaziran.

1) Set Pakaian Bayi
Disarankan membeli 2 – 5 pasang sahaja pakaian bersaiz newborn kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi. Antara pakaian asas ialah :
• Baju Lengan Pendek – 3 pasang
• Baju Lengan Panjang – 3 pasang
• Seluar Pendek – 3 pasang
• Seluar Panjang – 3 pasang
• Sarung Kaki – 5 pasang
• Sarung Tangan – 5 pasang
• Barut Perut – 7
• Topi – 2
• Sapu Tangan – 2
• Tuala – 2
• Penyangkut Baju Berklip
• Kotak atau Rak Pakaian
Jika berniat untuk membeli lebih banyak pakaian bayi, adalah lebih baik beli saiz yang lebih besar sedikit sebab bayi biasanya cepat membesar.
2) Lampin Bayi
Terdapat pelbagai jenis dan saiz lampin di pasaran. Ada jenis lampin pakai buang dan lampin kain moden. Jika anda memilih untuk membeli lampin pakai buang, anda mungkin memerlukan satu pek yang bersaiz newborn dan beberapa pek bersaiz S.
Ramai juga ibu moden sekarang yang memilih untuk menggunakan lampin kain moden (cloth diapers) yang lebih environment-friendly iaitu anda boleh cuci dengan mudah untuk menggunakannya semula. Lampin moden ini juga lebih selamat pada kulit bayi kerana dari fabrik kain. Dalam masa yang sama, ia sangat menjimatkan kerana boleh dipakai sehingga tiga tahun. Untuk permulaan, bayi memerlukan 7 – 10 helai lampin moden.
Secara ringkasnya, barangan yang diperlukan ialah :
• Lampin Pakai Buang (1 pek bersaiz newborn, 1 pek bersaiz S)
• atau Lampin Kain Moden beserta insert (7 – 10 set)
• Alas Menukar Lampin
• Tuala Kecil
• Tisu Basah (Wet Tissue)
• Beg Lampin (Diapers Bag)
3) Set Mandian Bayi
Kulit bayi baru lahir adalah sensitif. Sesetengah bayi mungkin hanya sesuai menggunakan produk yang tertentu. Oleh itu, sebagai permulaan belikan pek percubaan.
• Gel Mandian
• Syampu
• Besen Mandi
Set mandian bayi ini tak perlu beli banyak kerana biasanya ia menjadi kesukaan kawan-kawan untuk dijadikan hadiah. Mungkin anda akan dapat banyak syampu bayi nanti. Siapa tahu kan?
4) Set Penjagaan Bayi (Baby Care and Grooming)
Bagi memastikan bayi dalam keadaan bersih dan selesa, beberapa keperluan berikut diperlukan
• Minyak Telon
• Bedak
• Losen
• Kapas (Baby Wipes)
• Tisu Basah (Wet Tissue)
• Putik Kapas (Cotton Bud)
• Sikat
• Penyepit Kuku
• Bakul Sampah
• Bakul Baju Kotor
5) Kelengkapan Tidur
Katil bayi tidak perlu dibeli dulu. Pada kebiasaanya bayi akan tidur dengan ibu bagi memudahkan penyusuan susu ibu terutamanya pada malam hari. Bagi memastikan bayi anda selesa ketika tidur, barang yang diperlukan ialah seperti :
• Tilam
• Cadar
• Bantal kepala
• Bantal Peluk
• Selimut
• Kain Bedung
• Kelambu
6) Set Penyusuan
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi baru lahir. Terutama bagi enam bulan pertama. Jika anda berhasrat meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi mencecah 2 tahun, barangan asas yang anda mungkin memerlukan ialah :
• Pum Payudara (Breast Pump)
• Bekas Penyimpanan Susu Ibu (Storage Bottle or Plastic)
• Pek Ais (Cooler Pack)
• Beg Pendingin (Cooler Bag)
• Bateri
• Botol Susu Bebas BPA
• Putting Botol Susu
• Berus Pencuci Botol
• Pencuci Botol
• Coli Menyusu (Nursing Bra)
• Pelapik Coli (Nursing Pad)
• Pakaian Menyusu (Nursing Cloth)
Semoga senarai yang disediakan ini lengkap serta dapat membantu menyediakan kelengkapan bayi baru lahir anda. Selamat membeli dan semoga pembaziran barang tak diperlukan dapat dikurangkan. Dan selamat menimang cahaya mata!

No comments:

Post a Comment